Imbasan Peristiwa 2018-2022 Pangsapuri Lili

Pertengahan 2018

1) Joint Management Body (JMB) terbubar dan tidak diganti. Maka pembentukan baharu JMB tidak dapat dilaksanakan. Kutipan caj penyelenggaraan tidak dapat dilaksanakan secara sah.

2) Ekoran daripada itu, pihak TNB terpaksa memotong bekalan elektrik untuk lampu laluan koridor keseluruhan bangunan kerana tiada sesiapa daripada pihak JMB boleh uruskan perbendaharaan kewangan secara sah membabitkan elektrik bangunan. Ketiga-tiga blok gelap gelita.

3) Dengan sifat keprihatinan, terdapat jiran-jiran sudi memasang lampu persendirian secara berkelompok di koridor dan di bawah bangunan dengan kos sendiri demi membendung isu vandalisme. 

4) Vandalisme melibatkan kotak TNB, motosikal dan kereta agak ketara ketika itu terutamanya waktu malam disebabkan keadaan gelap gelita. Ia mengundang orang luar menceroboh masuk.  

Tahun 2019

1) Pengurusan JMB masih belum terbentuk. Penyelenggaraan bangunanan tidak mengikut piawaian. Terdapat juga bantuan daripada ADUN Rawang dan pihak-pihak persendirian untuk membantu sedaya mampu sementara menunggu signal pembentukan JMB yang baharu dari pihak MPS.

Tahun 2020 (PKP)

1) Isu pandemik Covid melanda negara dan PKP. Pentadbiran kerajaan pusat/negeri terganggu sekaligus menyebabkan proses pembentukan JMB baharu berterusan tergendala sehingga tahun 2022.

Tahun 2022 (Selepas PKP)

1) Keadaan bangunan bertambah teruk dari sudut paip kumbahan, pendawaian elektrik dan bumbung. Isu ini mendapat perhatian semula dari MPS, ADUN dan juga Ahli Majlis yang baharu, Puan Alice Choo

------------------------

Tahun 2023 

1) Penduduk menerima makluman gembira daripada MPS berkenaan perlantikan GWS Property Sdn Bhd sebagai ejen pengurusan baharu pada tahun 2023. Caj penyelenggaran mula dikutip bermula Oktober 2023. 

*Dikemaskini pada Oktober 2023.