SOAL JAWAB / FREQUENTLY ASKED QUESTION (FAQ)

Berapakah caj penyelenggaraan di Pangsapuri Lili, Rawang Perdana?

RM 49.50 dikenakan kepada semua pemilik petak rumah. Terdapat satu lagi caj insuran bangunan yang akan dikenakan secara setahun sekali kepada penduduk oleh ejen pengurusan. Jumlahnya akan dimaklumkan kemudian. Para penduduk sila rujuk papan notis dan hebahan dalam Wassap Group Apartment Lili untuk maklumat terkini.

Kenapa bangunan Pangsapuri Lili seperti tidak terurus?

Untuk makluman, Pangsapuri Lili mengalami pembubaran JMB yang tidak diganti dari tahun 2018-2022. Sila rujuk POSTING DI SINI. Bermula 2023, GWS Property Sdn Bhd telah dilantik untuk menguruskan Pangsapuri Lili. 

Berapa lama proses baik pulih akan dilakukan?

Susulan kutipan caj penyelenggaraan mula dilakukan pada Oktober 2023, proses pembaik pulih dijangka mengambil masa 1-3 tahun untuk melihat perubahan secara beransur-ansur. 

Apakah kemudahan yang ada di Pangsapuri Lili?

  • Komunikasi Data Internet Telefon- Celcom, Redone, Digi, Maxis mempunyai capaian yang memuaskan berikutan menara telco terletak bersebelahan kawasan Pangsapuri Lili
  • Fiber Optic-TM Unifi, Maxis Fiber
  • Tempat Letak Kereta Terbuka
  • Surau-500 meter dari kawasan pangsapuri
  • Bas Smart Selangor-Hentian bas berada 600 meter dari kawasan pangsapuri.


*FAQ akan dikemaskini dari semasa ke semasa.