Jun 2022 : Paip Kumbahan Bangunan Blok 2 Tersumbat Kritikal, Isu Dibawa ke Wakil Rakyat

Blok 2 Pangsapuri Lili mengalami isu paip kumbahan tersumbat sepanjang bangunan secara tiba-tiba pada awal Jun 2022. Ia menyebabkan aliran paip keluar berterusan bocor di paip-paip kecil yang bersambungan sehingga ke dalam rumah. 

Disebabkan paip kumbahan ini panjang dan sukar dibaiki secara persendirian kerana kos yang tinggi, isu ini telah dihantar kepada wakil rakyat ADUN Rawang, Y.B Tuan Chua Wei Kiat.

Setakat ini pihak wakil ADUN telah datang sebanyak 2 kali bersama kontraktor untuk pemeriksaan. Sebarang tindakan lanjut akan diketahui kelak selepas pihak kontraktor bermesyuarat.

Penduduk dinasihatkan agar tidak membuang sisa minyak masak dan ketulan sisa makanan ke dalam paip kerana ia boleh mengeras dan membuatkan paip tersumbat. 

Sebelum ini, pihak ADUN juga membaiki pagar di bahagian blok 3 dan juga blok 2.