Januari 2023-September 2023 : Gotong Royong dan Pemakluman Berkenaan Perlantikan Ejen Pengurusan Baharu

Penduduk Pangsapuri Lili telah mengadakan beberapa siri gotong royong yang dipelopori oleh Ahli Majlis 2023 Puan Alice Choo dan sokongan dari Jabatan KKM. Setinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada para penduduk yang terlibat dalam gotong royong bersiri ini.

Taklimat awal mengenai perlantikan ejen pengurusan baharu untuk Pangsapuri Lili juga diadakan selepas gotong royong untuk memberitahu perkembangan terkini.