Pada 7 Oktober 2023 bertempat di Dewan Pangsapuri Lili, satu taklimat rasmi yang pertama telah diadakan oleh GWS Property Sdn Bhd selaku ejen pengurusan baharu Pangsapuri Lili. Terima kasih diucapkan kepada para penduduk yang menghadiri taklimat ini. Taklimat ini penting untuk menentukan hala tuju bangunan Pangsapuri Lili yang terabai penyelenggaraan sejak 2018-2022 (Rujuk sini).
Ahli Majlis, Puan Alice Choo dan Tuan Pengarah Jabatan COB, Tuan Mohd Ashraf bin Mat Yajid turut hadir memberi penerangan pada penduduk berkaitan ejen pengurusan baharu.
![]() |
| Surat yang mengandungi 'Billing Statement' caj penyelenggaraan telah dihantar ke setiap rumah masing-masing sejurus selepas tamat taklimat rasmi. |



